WARANTI PERLINDUNGAN ASAS
Tempoh Waranti Perlindungan Asas adalah 5 tahun dari tarikh pendaftaran kenderaan atau 150,000 km, mengikut mana yang terdahulu. Proton akan memberi jaminan dari segi baik pulih atau penggantian alat ganti PROTON secara percuma mengikut kesesuaian jika terdapat kecacatan atau kerosakan material atau hasil kerja jika ia digunakan secara penggunaan biasa. Perlindungan ini tidak boleh digunakan bagi barangan yang tersenarai untuk ‘Perlindungan Waranti Istimewa’ dan ‘Apa yang tidak Dilindungi oleh Waranti’.
WARANTI PERLINDUNGAN ALAT GANTI
Semua Alat Ganti Tulen PROTON yang dibeli oleh pelanggan dari Pusat Servis Proton dijamin daripada kecacatan material untuk tempoh 6 bulan dari tarikh pembelian atau 10,000 km perjalanan, mengikut mana yang terdahulu (Tempoh Waranti). Penggantian Alat Tulen sewaktu Tempoh Waranti
akan dijamin sehingga tarikh luput Tempoh Waranti kenderaan.