WARANTI PERLINDUNGAN TERTENTU
Barangan berikut dilindungi mengikut terma dan syarat waranti yang tertentu, di mana Waranti Perlindungan Asas seperti yang dikatakan di atas tidak diterima. Variasi dalam perlindungan waranti untuk barangan tertentu komponen atau mengikut kelas komponen perlu diambil kira berdasarkan faktor haus dan lusuh akibat penggunaan, operasi dan fungsi:
1. 1. Komponen berikut dilindungi oleh waranti selama 10 tahun dari tarikh pertama pendaftaran dilakukan atau 250,000 km, mengikut yang mana terdahulu:
1.1. 1.1 Sistem Tingkap Automatik (Power Window)
1.1.1. Pengawal atur Tingkap Automatik
1.1.2. Suis-suis tingkap automatik
1.1.3. Motor tingkap automatik
1.1.4. Getah tingkap automatik
2. Atas faktor semulajadi haus dan lusuh kenderaan, komponen-komponen berikut tidak akan mendapat perlindungan jaminan selepas 3 tahun dari tarikh pendaftaran atau 100,000 km mengikut mana yang terdahulu.
2.1. ENJIN
Pemerum tegangan tinggi/kabel, semua kabel termasuk pemasangan abah-abah, hos dan tiub, pengapit dan klip, pemegang enjin, minyak enjin, penyimpan minyak, gelang omboh, kedap minyak, palam teras, penafas, pemasangan caj turbo, sensor dan galas.
2.2. TRANSMISI
Transmisi Manual - Semua kabel dan bush getah, pemegang kotak gear dan bearing. Transmisi Automatik - Semua kabel (termasuk pemasangan wayar abah-abah), paip, hos, pemegang, bush getah, sensor dan bearing. Continuous Variable Transmission (CVT) - Semua kabel termasuk pemasangan wayar abah-abah, paip, hos, pemegang, bush getah, sensor, bearing dan tali CVT.
2.3. RANGKAIAN PEMACU
Semua klip, but getah dan mounting.
2.4. SISTEM PENYEJUK
Semua hos, pengapit, klip dan penutup radiator.
2.5. SISTEM BAHAN API
Semua hos, pengapit, klip, penyalur minyak, gasket dan geganti.
2.6. SUSPENSI HADAPAN DAN BELAKANG
Semua paip dan hos, penyerap kejutan, topang, Kawalan Arm bawah dan hadapan dan bush.
2.7. SISTEM STERENG
Semua paip dan hos, klip but getah, rak & pinan, bush rak stereng dan saluran kawalan.
2.8. SISTEM BREK
Semua paip, hos, cakera rotor, dram brek, hab hadapan, sistem brek parkir (termasuk penghubung) dan semua kabel.
2.9. SISTEM ELEKTRIK
Semua kabel, geganti, hon, pelarasan mekanisme lampu utama, alat kawalan jauh, sistem penggera dan sistem jarak mengundur.
2.10. SISTEM PENYAMAN UDARA
Bearing, bahan tampal, takal, hos, kabel dan suis.
2.11. RUANG DALAMAN
Sistem Pengekangan Tambahan (SRS), semua kabel, barangan trim lembut dan logam terang & trim.
2.12. RUANG LUARAN
Semua kabel, barang trim lembut dan logam terang & trim serta penyahwarnaan cat.
2.13. AUDIO VISUA & SISTEM NAVIGASI
Sistem Audio DVD, GPS dan Kamera.
3. Komponen-komponen berikut dilindungi oleh waranti selama 1 tahun daripada tarikh kenderaan didaftarkan atau 20,000 km, mengikut mana yang terdahulu:
3.1 Sistem Ekzos
3.2 Bateri
4. WARANTI CEGAH PENEMBUSAN
Proton akan membaiki atau menggantikan bahagian badan logam yang menyebabkan lubang (lubang yang tembus ke dalam badan kenderaan) kerana karat dari dalam hingga ke luar badan kenderaan secara percuma untuk tempoh 7 tahun dari tarikh kenderaan Proton anda mula didaftarkan, bergantung pada terma dan syarat.